Yasin Dan Tahlil pdf

‘Surat Yasin Dan Tahli’ PDF Quick download link is given at the bottom of this article. You can see the PDF demo, size of the PDF, page numbers, and direct download Free PDF of ‘Yasin Dan Tahlil Nu ‘ using the download button.

Surah Yasin Dan Tahlil Book PDF Free Download

Surat Yasin Dan tahlil

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Yasin. Demi al-Qur’an yang mengandungi hikmah-hikmah dan kebenaran yang tetap kukuh. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) seorang daripada rasul-rasul yang diutus.

Yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam).

Al-Qur’an itu diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengasihani. Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk nenek mereka telah lama tidak diberi
peringatan dan amaran, sebab itulah mereka lalai.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

sama ada engkau berikan amaran atau engkau tidak memberi amaran kepadanya: mereka tidak akan beriman.

Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman.

Sesungguhnya Kami jadikan belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke belakang leher mereka, (lebarnya belenggu itu) sehingga (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak.

Dan Kami jadikan (sifat tamak, gila harta dan pangkat sebagai) sekatan di hadapan mereka, dan sekatan di belakang mereka lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu mereka tidak dapat melihat.

Dan sama sahaja kepada mereka, Sesungguhnya peringatan hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran al-Qur’an serta ia takut (melanggar perintah Allah) al-Rahman semasa ia tidak dilihat orang, oleh itu berilah kepadanya berita yang menggembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia.

Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala apa yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan, perbuatan yang ditinggalkan; dan tiap-tiap sesuatu Kami catitkan satu persatu dalam ibu suratan yang jelas nyata.

Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar, ketika mereka didatangi oleh rasul-rasul (Kami).

Ketika Kami mengutuskan kepada mereka dua orang rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua rasul itu) dengan rasul ketiga, lalu rasul-rasul itu berkata: “Sesungguhnya kami diutus kepada kamu.”

Penduduk bandar itu menjawab: “Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga, dan Tuhan Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatu pun (tentang agama yang kamu dakwakan); kamu ini tidak lain hanyalah berdusta.”

Rasul-rasul itu berkata: “Tuhan kami mengetahui bahawa sesungguhnya kami adalah rasul-rasul yang diutus (untuk kamu).

Dan tugas kami hanyalah menyampaikan perintah-perintah dengan cara yang jelas nyata.”
Penduduk itu berkata pula: “Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu.

Sesungguhnya jika kamu tidak berhenti (daripada menjalankan tugas yang kamu katakan itu) tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai azab daripada pihak kami yang tidak terperi sakitnya.”

Rasul-rasul itu menjawab: “Nahas dan malang kamu itu disebabkan (kekufuran) Dan (semasa rasul-rasul itu diancam), datanglah dari hujung bandar itu seorang lelaki dengan berlari, lalu memberi nasihat: “Wahai kaumku! Ikutilah para rasul itu.”

Ikutlah orang-orang yang tidak meminta kepada kamu sesuatu balasan,dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.

Author
Language Indonesian
No. of Pages140
PDF Size10 MB
CategoryGeneral
Source/Creditsacademia.edu

Surah Yasin Dan tahlil Book PDF Free Download

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!